Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat !
16
Aug
Sujud Tilawah (Sajadah)
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Makna Tilawah
Tilawah ertinya bacaan. Maka Sujud Tilawah bererti sujud bacaan iaitu sujud kerana membaca atau mendengar ‘ayat-ayatSajadah’ dari pembacaan Al-Quran yang kebiasaannya boleh dikenali pada ayat-ayat tersebut dengan ditandai garis atau simbol kubah dan tertulis perkataan sajadah.
.
Disunat bersujud dengan niat Tilawah bagi pembaca atau pendengar ‘ayat Sajadah’. Selain dari ‘Sujud Tilawah’ sujud ini juga dikenali sebagai ‘Sujud Sajadah’.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila anak Adam membaca ayat Sajadah, lalu ia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, “Celaka
aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku
disuruh sujud, tetapi aku menolak, maka untukku neraka.” (HR Bukhari dan Muslim.)
.
Hukum Sujud Sajadah adalah sunat mu’akad, atau sunat yang amat digalakkan.
Dari Umar r.a; Pada suatu hari Jumaat,
Rasulullah SAW membaca surah al-Nahl di atas mimbar, maka ketika sampai
pada ayat sajadah, Baginda lalu turun dan sujud. Dan para hadirin juga
turut melakukan sujud. Pada Jumaat berikutnya, dibacanya surah
berkenaan, lalu apabila sampai pada ayat sajdah Baginda SAW bersabda: “Wahai
manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud
tilawah. Tetapi sesiapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan
sesiapa yang tidak melakukannya, maka dia tidak mendapat dosa.” (HR Bukhari)
.
.
1. Ayat-ayat Sajadah
.
Di dalam Al-Quran terdapat 15 ayat-ayat sujud sajadah iaitu:
1. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206
2. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 15
3. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 50
4. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 109
5. Surah 19 (Maryam) Ayat 58
6. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 18
7. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77
8. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 60
9. Surah 27 (An Naml) Ayat 26
10. Surah 32 (As-Sajdah) Ayat 15
11. Surah 38 (Shaad) Ayat 24
12. Surah 41 (Fushshilat) Ayat 38
13. Surah 53 (An-Najm) Ayat 62
14. Surah 84 (Al-Insyiqaq) Ayat 21
15. Surah 96 (Al-‘Alaq) Ayat 19

Komentar
Posting Komentar